Alhamdulillah.
Adik Amir yang kita sama-sama bantu akhirnya telah selamat tiba di Universiti Malaya untuk memulakan perjalanan baharu sebagai seorang mahasiswa. Kehadiran beliau bersama seluruh ahli keluarga telah disambut dengan penuh mesra dan meriah oleh warga Universiti Malaya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Universiti Malaya yang memberikan perhatian serta keprihatinan yang begitu besar terhadap anak-anak daripada keluarga luar bandar yang hidup dalam serba kekurangan. Dahulu impian untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading seakan-akan semakin pudar, namun hari ini impian itu telah menjadi satu kenyataan.
Kami turut merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan orang baik-baik yang sentiasa setia bersama Yayasan Raja Shamri. Setiap sumbangan yang dihulurkan, sama ada besar atau kecil, telah menjadi jambatan harapan buat anak-anak seperti Adik Amir untuk mengubah masa depan mereka. Tanpa sokongan dan kepercayaan kalian, sudah tentu perjalanan ini tidak akan menjadi semudah ini.
Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan dikurniakan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT.
Buat Adik Amir, teruskan melangkah dengan penuh semangat. Belajarlah bersungguh-sungguh, jagalah amanah yang diberikan, dan buktikan bahawa kemiskinan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.
Ikhlas daripada,
Abg Raja
Pengerusi Eksekutif Yayasan Raja Shamri
Apa – apa pertanyaan lanjut boleh rujuk mana – mana sukarelawan 3rdForce kawasan. Kita bantu mereka yang terbeban hari ini, ALLAH akan bantu pula kita bila tiba hari kita memerlukan.
Abe Ise
Saing Abang Raja Jak Kecik
Ketua Koordinator
3rdForce Pasir Puteh
Untuk sama-sama membantu pelbagai program bantuan Yayasan Raja Shamri dan Thirdforce sumbangan boleh di salurkan ke akaun YAYASAN RAJA SHAMRI seperti berikut:-
Sumbangan Am :-
No akaun : 1102074345
Nama Akaun: YAYASAN RAJA SHAMRI
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
Atau klik link FPX / Toyyibpay di bawah :
atau
Akaun Khusus Untuk Sumbangan Zakat dan Fidyah:-
YAYASAN RAJA SHAMRI
CIMB Islamic Bank Cawangan Machang Kelantan
No Akaun: 860 4333 655
h/p : 017-3872232
email : rshamri@hotmail.com
***************************
Yayasan Raja Shamri tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan sumbangan atau bantuan.
Segala urusan hanya melalui saluran rasmi yayasan.
Berhati-hati dengan scammer yang menyamar menggunakan nama YRS.
Yayasan Raja Shamri telah mendapat kelulusan dari LHDN untuk para penyumbang mendapat pelepasan cukai pendapatan dibawah subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 disamping kita juga adalah Amil Zakat MAIK yang dilantik sejakj 2021.
Wallahualam.
*Kongsikan posting ini sejauh mungkin moga ada sinar rezeki buat mereka yang memerlukan, insya ALLAH ada saham akhirat dan pahalanya disebalik sedikit usaha kecil kita.
Shortcode doesn't exist
No Comments