Alhamdulillah, satu lagi sinar harapan buat Kak Lidia.
Kisah penderitaan Kak Lidia yang terlantar akibat kanser rahim telah kami panjangkan kepada pihak PERKESO. Alhamdulillah, kami menerima maklum balas yang sangat positif apabila seorang pegawai PERKESO, Puan Ain, sudi hadir sendiri bagi mendapatkan maklumat lanjut serta meneliti bentuk bantuan dan faedah yang mungkin layak diterima oleh Kak Lidia.
Pihak Yayasan Raja Shamri amat menghargai kesudian Puan Ain hadir menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai wakil PERKESO dalam membantu para pencarum yang memerlukan.
Menurut Puan Ain, berdasarkan semakan PERKESO, Kak Lidia merupakan seorang pencarum yang sah dan kini telah pun menerima pencen ilat berikutan keadaan kesihatannya yang tidak lagi membolehkan beliau bekerja. Kehadiran Puan Ain pada hari ini adalah bagi mendapatkan maklumat serta pengesahan lanjut berkaitan penggunaan beg stoma oleh Kak Lidia. Pengesahan daripada pihak hospital dan beberapa dokumen sokongan diperlukan bagi melengkapkan proses permohonan agar keperluan seperti bekalan beg stoma dapat dipertimbangkan mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh PERKESO.
Insya-Allah, Puan Ain akan terus berusaha membantu Kak Lidia agar segala urusan dipermudahkan.
Dalam pertemuan itu juga, Puan Ain berpesan kepada masyarakat, khususnya mereka yang bekerja sendiri seperti pesawah, pekebun dan golongan bekerja sendiri yang lain, agar membuat caruman di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO. Dengan caruman serendah RM13.10 sebulan (mengikut pelan caruman yang dipilih), seseorang boleh menikmati pelbagai perlindungan sekiranya ditimpa musibah ketika bekerja atau akibat aktiviti pekerjaan yang dilindungi. Kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Perlindungan seperti inilah yang mampu memberi sedikit kelegaan kepada pencarum dan keluarga ketika menghadapi saat-saat yang sukar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada Puan Ain serta seluruh warga PERKESO atas keprihatinan, komitmen dan usaha yang diberikan dalam membantu Kak Lidia. Semoga segala jasa baik ini menjadi amal kebajikan yang diberkati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.
Apa – apa pertanyaan lanjut boleh rujuk mana – mana sukarelawan 3rdForce kawasan. Kita bantu mereka yang terbeban hari ini, ALLAH akan bantu pula kita bila tiba hari kita memerlukan.
Abe Ise
Saing Abang Raja Jak Kecik
Ketua Koordinator
3rdForce Pasir Puteh
Untuk sama-sama membantu pelbagai program bantuan Yayasan Raja Shamri dan Thirdforce sumbangan boleh di salurkan ke akaun YAYASAN RAJA SHAMRI seperti berikut:-
Sumbangan Am :-
No akaun : 1102074345
Nama Akaun: YAYASAN RAJA SHAMRI
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
Atau klik link FPX / Toyyibpay di bawah :
atau
Akaun Khusus Untuk Sumbangan Zakat dan Fidyah:-
YAYASAN RAJA SHAMRI
CIMB Islamic Bank Cawangan Machang Kelantan
No Akaun: 860 4333 655
h/p : 017-3872232
email : rshamri@hotmail.com
***************************
Yayasan Raja Shamri tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan sumbangan atau bantuan.
Segala urusan hanya melalui saluran rasmi yayasan.
Berhati-hati dengan scammer yang menyamar menggunakan nama YRS.
Yayasan Raja Shamri telah mendapat kelulusan dari LHDN untuk para penyumbang mendapat pelepasan cukai pendapatan dibawah subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 disamping kita juga adalah Amil Zakat MAIK yang dilantik sejakj 2021.
Wallahualam.
*Kongsikan posting ini sejauh mungkin moga ada sinar rezeki buat mereka yang memerlukan, insya ALLAH ada saham akhirat dan pahalanya disebalik sedikit usaha kecil kita.
Shortcode doesn't exist
No Comments