Impian Adik Lika & Lini Memiliki Laptop Akhirnya Tercapai
Alhamdulillah, adik Lika dan Lini akhirnya memiliki sebuah laptop yang telah lama mereka impikan.
Ayah dan ibu mereka tidak mampu menyediakan keperluan yang amat penting ini. Ayah hanya bekerja sebagai tukang mencuci rumah, manakala ibu pula merupakan seorang OKU yang tidak mampu bejerja. Kehidupan mereka sekeluarga benar-benar serba kekurangan.
Sebelum ini, kedua-dua adik kembar ini hanya menggunakan laptop terpakai yang dibeli secara second hand untuk kegunaan pengajian mereka di UNITA kota bharu. Malangnya, salah sebuah laptop tersebut telah rosak sepenuhnya dan tidak lagi boleh digunakan.
Kisah keluarga ini sampai kepada kami melalui puan Wani, yang sering menggunakan khidmat ayah mereka untuk mencuci rumah. Menurut beliau, ayah Lika dan Lini seorang yang sangat teliti ketika bekerja, rajin serta amanah. Namun, beliau juga seorang yang pendiam dan tidak pernah bercerita tentang kesusahan hidup yang ditanggung keluarganya.
Alhamdulillah, setelah meneliti permohonan ini, Abang Raja telah meluluskan sumbangan sebuah laptop untuk adik Lika dan Lini. Kegembiraan jelas terpancar di wajah pasangan kembar seiras ini. Mereka berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang sudi menghadiahkan sebuah laptop yang amat diperlukan bagi meneruskan pengajian.
Apa yang lebih mengagumkan kami ialah semangat dan sikap positif yang dimiliki oleh kedua-dua adik ini. Walaupun hanya seorang menggunakan laptop baharu dan seorang lagi masih menggunakan laptop lama, langsung tidak kelihatan rasa cemburu antara mereka.
Kata-kata mereka benar-benar menyentuh hati kami.
“Kami dah cukup dan bersyukur sangat. Ayah nak beli memang tak mampu. Mak pula sakit… lagi pun duit yang ada nak kumpul untuk baiki dapur yang terbakar.”
Kami hanya berpandangan sesama sendiri. Anak-anak ini benar-benar memiliki jiwa yang besar. Lalu kami meminta izin untuk melihat sendiri keadaan dapur yang mereka maksudkan.
Ternyata apa yang mereka ceritakan adalah benar. Keadaan dapur keluarga ini amat menyedihkan. Difahamkan sudah lebih dua tahun mereka terpaksa menggunakan dapur yang bumbungnya telah musnah akibat kebakaran. Jika hujan lebat turun atau panas terik menyengat, tiada lagi bumbung yang melindungi mereka.
Sebagai sukarelawan TF, kami tidak mampu memberikan penyelesaian terbaik untuk membaik pulih dapur yang begitu daif ini. Lazimnya perkara seperti ini akan diteliti sendiri oleh Abang Raja Shamri, namun pada ketika ini beliau tidak dapat bersama kami.
Justeru, kami mengambil kesempatan untuk berkongsi kisah keluarga ini kepada orang baik-baik. Mudah-mudahan ada insan yang sudi menghulurkan bantuan bagi membina semula dapur mereka agar keluarga ini dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan selamat.
Terima kasih kepada semua penyumbang Yayasan Raja Shamri. Hasil sumbangan kalian, sebuah laptop telah berjaya diserahkan kepada adik Lika dan Lini bagi membantu mereka meneruskan pengajian.
Semoga setiap kebaikan yang disumbangkan menjadi saham amal yang berpanjangan, serta dikurniakan keberkatan rezeki, kesihatan dan kebahagiaan di dunia serta akhirat.
Jom jadi orang baik-baik.
Apa – apa pertanyaan lanjut boleh rujuk mana – mana sukarelawan 3rdForce kawasan. Kita bantu mereka yang terbeban hari ini, ALLAH akan bantu pula kita bila tiba hari kita memerlukan.
Abe Ise
Saing Abang Raja Jak Kecik
Ketua Koordinator
3rdForce Pasir Puteh
Untuk sama-sama membantu pelbagai program bantuan Yayasan Raja Shamri dan Thirdforce sumbangan boleh di salurkan ke akaun YAYASAN RAJA SHAMRI seperti berikut:-
Sumbangan Am :-
No akaun : 1102074345
Nama Akaun: YAYASAN RAJA SHAMRI
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
Atau klik link FPX / Toyyibpay di bawah :
atau
Akaun Khusus Untuk Sumbangan Zakat dan Fidyah:-
YAYASAN RAJA SHAMRI
CIMB Islamic Bank Cawangan Machang Kelantan
No Akaun: 860 4333 655
h/p : 017-3872232
email : rshamri@hotmail.com
***************************
Yayasan Raja Shamri tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan sumbangan atau bantuan.
Segala urusan hanya melalui saluran rasmi yayasan.
Berhati-hati dengan scammer yang menyamar menggunakan nama YRS.
Yayasan Raja Shamri telah mendapat kelulusan dari LHDN untuk para penyumbang mendapat pelepasan cukai pendapatan dibawah subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 disamping kita juga adalah Amil Zakat MAIK yang dilantik sejakj 2021.
Wallahualam.
*Kongsikan posting ini sejauh mungkin moga ada sinar rezeki buat mereka yang memerlukan, insya ALLAH ada saham akhirat dan pahalanya disebalik sedikit usaha kecil kita.
Shortcode doesn't exist
No Comments