Jom Kita Bantu Adik Lukman berjihad Menuntut Ilmu
Muhammad Lukman Hakim bin Yaakub merupakan antara pelajar cemerlang Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Pulau Pangkor (SMTDR) yang berjaya memperoleh 9A dalam peperiksaan SPM serta menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dengan keputusan yang membanggakan.
Lukman ialah anak kelima daripada tujuh adik-beradik. Kini, beliau dan adik-beradiknya tinggal bersama ibu. Walaupun dua orang abangnya yang telah bekerja berusaha membantu menampung perbelanjaan keluarga dan pendidikan adik-adik, keadaan kewangan keluarga masih memerlukan perhatian.
Di sebalik segala cabaran yang dihadapi, Lukman tidak pernah menjadikan kesusahan sebagai penghalang untuk mengejar ilmu. Dengan semangat dan tekad yang tinggi, beliau terus berusaha sehingga berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Kuantan.
Sebagai Koordinator 3rd Force Pangkor, saya merasakan menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu merealisasikan impian seorang anak muda yang berpotensi ini.
Sumbangan kalian semua, walau sekecil mana sekalipun, amat bermakna bagi meringankan kos persiapan dan perbelanjaan pengajiannya.
Jom kita sama-sama menjadi asbab kejayaan Adik Lukman. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah dan diberkati Allah SWT.
Semoga Allah mempermudahkan urusan Adik Lukman dalam menuntut ilmu dan mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada semua penyumbang. Aamiin.
Bantuan boleh disalurkan melalui akaun Yayasan Raja Shamri
Yayasan Raja Shamri
Bank Rakyat
No. Akaun 110 207 4345
atau melalui QR Pay Facebook Raja Shamri
Klik link di bawah untuk mengikuti kerja-kerja kemanusiaan ini
Terima kasih berkongsi dan sebarkan kebaikan, semoga ia menjadi sedekah jariah kita yang berpanjangan.
Sumbangan bantuan boleh dimaklumkan kepada Izwan
3rd Force Pangkor